Latar belakang kejadian Kebakaran Madrasah Kedah 1989

Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu menyebabkan seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam kebakaran tersebut. Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".[2]

Difahamkan mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Akibat kebakaran, itu sebanyak lapan buah blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu telah musnah dijilat api dan 27 orang pelajar perempuan yang menghuni di asrama terbabit telah terkorban, difahamkan ketika nyenyak tidur akibat menghidu bau asap tebal kebakaran itu.

Tragedi yang berlaku menyebabkan taufikiah menjadi sebutan masyarakat lantas pada hari kejadian, taufikiah dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat datang untuk menziarahi serta menyampaikan takziah, sehinggakan jalan raya di sekitar Alor Setar ke taufikiah mengalami kesesakan. Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu yang tidak ketinggalan untuk turun melihat sendiri suasana yang berlaku.[perlu rujukan]